Alat-alat Yang Diperlukan
Skrin
- Diperbuat daripada bingkai kayu yang berukuran 50 inci lebar x 90 inci panjang. Kain jenis poliester digunakan sebagai kain pemidang. Di atas kain pemidang inilah motif dan rekacorak batik dilukis. Setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja. Kadang-kadang 5 atau 6 skrin diperlukan untuk menghasilkan sehelai kain batik cetak sutera saring.
Sekuji
- Alat yang digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin. Ia diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya.
‘Funnel Pen’
- sejenis alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong (kon). Ia digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin.
Meja pengecap
- Digunakan sebagai alas untuk kerja-kerja mencetak. Saiznya dibuat sama mengikut saiz bingkai skrin.
Kuali/bekas
- Untuk merendam dan membersihkan kain.
Pengukus
- Digunakan untuk proses Pengwapan iaitu proses mengekalkan cetakan warna pada kain.
Bahan-bahan yang diperlukan
Kain Putih
- Kain jenis kapas dan berukuran sama dengan saiz pemidang.
Bahan ‘lacquer’
- Sejenis campuran bahan ‘thinner’ dan ‘emulsion’ yang dimasukkan ke dalam ‘Funnel Pen’ untuk melukis corak pada skrin. Bahan ini akan bertindak seperti lilin iaitu menghalang bahan pewarna daripada meresap di bahagian-bahagian yang telah ditutup dcngan ‘lacquer’.
Bahan Pewarna
- Jenis ‘Reactivc’ dan ‘Pigment’ dye.
No comments:
Post a Comment