Proses Pembuatan Batik
- Funnel Pen’ yang diisi dengan bahan ‘lacquer digunakan untuk membentuk corak dan motif / batik, dalam bentuk stensil skrin, di atas , kain pemidang skrin. Bahagian yang ingin dicetak dengan sesuatu warna tertentu akan dibiarkan kosong dan bebas daripada bahan ‘lacquer’.
- Setelah kesemua skrin yang diperlukan siap, sehelai kain putih dibentangkan di atas permukaan meja mencetak. Kain hendaklah tegang dan rata supaya warna dapat dicetak dengan rata.
- Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi
- Sedikit bahan pewarna dituangkan pada bahagian hujung skrin dan dengan menggunakan alat ‘sekuji' bahan pewarna dapat disapukan dengan licin dan rata. Proses cetakan saring ini dilakukan berulang kali menggunakan skrin yang berasingan untuk warna dan corak yang berasingan.
- Kain-kain yang telah siap dicetak akan dijemur sehingga kering dan seterusnya proses ‘Pengewapan’ akan dilakukan pada kain supaya warnaanya tidak mudah luntur atau pudar.
- Selepas itu kain-kain direndam dan dibersihkan di dalam air panas suam yang bercampur ‘Bio-Soft’ (bahan pelembut), untuk menanggalkan lebihan bahan pewarna di samping melembutkan kain.
- Akhirnya,kain dijemur sehingga kering.
No comments:
Post a Comment